Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

30 Sept 2011

FINALLY



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, at last wujud jugak APPRELL'S SHAWL ! huehue. Chaiyok2 sha! xbole nk takot2 dah.
Barang semua dah beli so mcm mana pon kena terus kan jugak. kalau x rugi woooo!.
Okeh meh nk promote sikit. hikhik!
APPRELL'S SHAWL menjual pelbagai jenis shawl antara nya cotton shawl, pashmina and satin shawl dgn harga yang berpatutan.
So sesapa yg agak2 suka shopping on9 tuh mai la singgah sat kat APPRELL'S SHAWL ni yep.
Yg baru2 nk shopping on9 tu pon dialu2kan sangat2 lg pon APPRELL'S SHAWL ni pon baru aje lg dalam bidang ni. :). So sokongan anda semua amat la diharap2kan. :)


::tagline APPRELL'S SHAWL::
+ choose.wear.love. +


Insyaallah lepas korg pilih, beli pastu pakai shawl tu, korg akan love our shawl sgt2 ! :) . Eceh!




26 Sept 2011

SALAH SENDIRI.

Assalamualaikum.


Baru ni aku ada la beli shawl dr 1 blog ni. shawl dia mmg cantik. sblm2 ni pon aku da penah beli kat dorg dh. Tamo iklan pjg2.. kita pendek kan cite. :). 

Da confirm dgn byr smua2.. dalam 3 4 hari cam tuh smpai la si katak hijau dgn si pink apple ( shawl tuh kaler hijau dgn pink ) gedik pulak nk letak nama lain konon nye. hehe. 

Dgn excited mcm org gila nye aku bukak bungkus dia. Bukak2 jek mcm diam jap, yg pink ok dah, yg 1 lg tuh. eh errr hurmmm.

aku pon ape lg.. blari2 anak lah dlm umah pi cari baju yg konon2 nya nk pakai dgn tudung tuh.

Pink - match !. Tp yg 1 lg.. mcm ada xkena jek. Tp nk sedap kan hati.. " Hoo agak nya dalam gambar tuh terang kot tu yg kaler dia npk lain sikit. " 

Dgn rasa sgt lah xsedap hati nya.. gantung aje la shawl dgn baju tuh.

Dalam 2 3 hari lepas tuh.. aku pon baru tpikir nk tgk balik blog tuh.. Sah mmg salah kaler yg dorg tp yg silap besarnya da 2 3 hari baru aku pi check balik page dorg. hadoi sah la ko mmg pending sha!.

So memandangkan da lewat baru perasan.. mcm xbest pulak nk pulangkan balik or nk tukar. cari je la baju2 lain yg agak2 sesuai tu ha. phewwww~ Jgn nk pending sgt la sha oi.. :|




PERCAYA.


Assalamualaikum.


+ Bila nk ckp bab percaya ni, biasanya sure pasal long distance relationship kan.

Ye lah org tuh xde dpn mata kita kan.. even kita duk ckp sorg2 dpn cermin ke smbil tgk kipas pusing2 ke suruh percaya yg kat sinun tuh, sure ada jugak xbyk sikit rasa mcm was2 ke curiga ke kan?

Even kita cntact dia hari2 pon. kita mcm pikir jugak btol ke dia pegi situ.. bkn pegi tempat lain? betol ke dia jumpa org tuh bkn org lain. Oh tidak! Jauhkan lah benda semua neh dr aku.

Bole pening kepala kalau duk letak semua bnda neh dalam kepala otak yg xberapa nk laju ni ha. phewww~ +



24 Sept 2011

YOGURT.

Assalamualaikum.




Yogurt! yummy yummy~ Sangat2 lah suka makan yogurt tau. Tiba2 terfikir pulak nk cari pasal kebaikan yogurt. Yogurt neh bkn je best untuk dimakan tp bagus jugak untuk kecantikan. eceh!. 


Antaranya ia boleh menghilangkan bekas2 jerawat kat muka tuh. selain tu lah kan.. yogurt pon elok untuk buat masker, hee korg beli lah byk2.. separuh buat makan, separuh lg buat masker tp jangan pulak pi makan yg dh buat masker tuh.Oh tidak.! hehe :). 


Ha yg best nye yogurt pon bagus untuk kulit kepala tau. sape2 yg gatal kulit kepala atau ada kelemumur tuh, boleh la guna yogurt yep. Menopause ? ada jugak kebaikan yogurt untuk wanita kat luar sana yg akan masuk ke alam menopause ni, yogurt menghasilkan lebih byk kalsium berbanding susu.

So ape lg korg, pilih lah yogurt mana yg korg suke ! selamat mencuba ! :)


Hubungan Tidak Mampu Bertahan ?.





Antara sebab2 hubungan tidak mampu bertahan.

+Menipu.
Menipu boleh menjadi pembunuh utama dalam sesebuah hubungan, mungkin ada yang menipu untuk menyelamatkan hubungan mereka kerana tidak mahu hati pasangan terluka. Tapi sesetengah orang tidak dpt menerima yang hati mereka dipermainkan.


+Harapan.
Ada yg meletakkan harapan yg terlalu tinggi kepada pasangannya sehingga bergantung pada pasangan mereka. Ada sesetengah lelaki suka keadaan mcm ni tp ada jugak sebaliknya maka terjadilah konflik yg bole menyebabkan sesebuah hubungan itu putus di tengah jalan.


+Terlalu memikirkan tentang perkahwinan.
Sesetengah wanita yang bru aje bkenalan terus mengharapkan akan berakhir dgn perkahwinan. Mungkin takut disia2 kan jadi kalau timbul konflik, bole menyebabkan hubungan putus di tengah jalan.


+Mengungkit.
Mungkin sesetengah orang tak suka kalau pasangannya mengungkit hal2 yg lepas. Belajar dari kesilapan.


+Berbeza pendapat.
Perbezaan pendapat sering terjadi dalam sebuah perhubungan, idea kita berbeza dgn pasangan dan disini lah terjadinya pertelingkahan atau salah faham.


+Status yg tinggi.
Ada yang gembira dgn pasangannya atau hubungan yg dijalinkan tapi ada juga yang mementingkan status diri dan mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri atau status mereka.


+Hal yg menyakitkan hati.
Ada sesetengah perkara yg dilakukan pasangan tersangat2 lah menyakit kan hati malah sanggup melakukkan perkara-perkara bodoh semata2 untuk menyakitkan hati org lain. Jika inilah yg terjadi, hubungan anda mungkin tidak akan bertahan.


+Kehidupan yg mendesak
Sesetengah orang suka menyusahkan pasangannya, sering memberikan masalah dgn macam2 perkara sampai menyakitkan hati pasangan. Keadaan seperti ini kadang2 membuat kan sesebuah hubungan itu tidak tahan lama.




p/s: Kebanyakan mereka yg dalam perhubungan nk kekal lama kan jadi jaga lah hubungan korg sebaik mungkin termasuk lah cik secha skali okeh! hee.  Semoga Berbahagia ! wink (^_^)