Antara sebab2 hubungan tidak mampu bertahan.
+Menipu.
Menipu boleh menjadi pembunuh utama dalam sesebuah hubungan, mungkin ada yang menipu untuk menyelamatkan hubungan mereka kerana tidak mahu hati pasangan terluka. Tapi sesetengah orang tidak dpt menerima yang hati mereka dipermainkan.
+Harapan.
Ada yg meletakkan harapan yg terlalu tinggi kepada pasangannya sehingga bergantung pada pasangan mereka. Ada sesetengah lelaki suka keadaan mcm ni tp ada jugak sebaliknya maka terjadilah konflik yg bole menyebabkan sesebuah hubungan itu putus di tengah jalan.
+Terlalu memikirkan tentang perkahwinan.
Sesetengah wanita yang bru aje bkenalan terus mengharapkan akan berakhir dgn perkahwinan. Mungkin takut disia2 kan jadi kalau timbul konflik, bole menyebabkan hubungan putus di tengah jalan.
+Mengungkit.
Mungkin sesetengah orang tak suka kalau pasangannya mengungkit hal2 yg lepas. Belajar dari kesilapan.
+Berbeza pendapat.
Perbezaan pendapat sering terjadi dalam sebuah perhubungan, idea kita berbeza dgn pasangan dan disini lah terjadinya pertelingkahan atau salah faham.
+Status yg tinggi.
Ada yang gembira dgn pasangannya atau hubungan yg dijalinkan tapi ada juga yang mementingkan status diri dan mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri atau status mereka.
+Hal yg menyakitkan hati.
Ada sesetengah perkara yg dilakukan pasangan tersangat2 lah menyakit kan hati malah sanggup melakukkan perkara-perkara bodoh semata2 untuk menyakitkan hati org lain. Jika inilah yg terjadi, hubungan anda mungkin tidak akan bertahan.
+Kehidupan yg mendesak
Sesetengah orang suka menyusahkan pasangannya, sering memberikan masalah dgn macam2 perkara sampai menyakitkan hati pasangan. Keadaan seperti ini kadang2 membuat kan sesebuah hubungan itu tidak tahan lama.
p/s: Kebanyakan mereka yg dalam perhubungan nk kekal lama kan jadi jaga lah hubungan korg sebaik mungkin termasuk lah cik secha skali okeh! hee. Semoga Berbahagia ! wink (^_^)