Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

29 Mar 2016

Muhammad Rizqi anak syurga Ibu dan Ayah.



Assalamualaikum.


Untuk kehamilan yang sebelum ni aku keguguran pada 6 oktober 2015, kandungan aku cuma dapat bertahan smpai 10 minggu je.

Dan selepas 2 bulan aku pregnant lagi. Alhamdulillah.

Muhammad Rizqi bin Muhammad Afif

14/12/2015 : Hadirnya Rizqi dalam rahim ibu, Happynya ibu dgn ayah tak terkata, Rizqi anak yang baik, mengandungkan Rizqi mmg sangat2 mudah, Ibu xde morning sickness yang teruk, selera makan Alhamdulillah ok. xde muntah2 yg teruk. 

8/2/2016: Ibu demam, batuk, selsema, sampai la 12/2/2015, dekat seminggu ibu demam, dan ibu pun di sahkan dijangkiti Influenza B, Ya allah, tuhan je tahu mcm mana ibu risaukan Rizqi masa tu, takut apa2 jadi kat Rizqi, takut Rizqi pun sakit, Tp Alhamdulillah, bila doc check, doc scan, Rizqi elok je kat dlm rahim ibu, bergerak-gerak, 

Masuk 16 minggu, ibu mula rasa Rizqi bergerak-gerak, walaupun tak kuat tp ibu tahu itu Rizqi. Rizqi suka bergerak waktu malam, kebetulan ibu pun mmg susah tido malam. Masa mengandungkan Rizqi, macam-macam ibu nak makan, ayah sampai risau, risau sebab tgk banyak sangat ibu makan, macam tak terkawal pulak.

23/3/2016: Pagi tu ibu pergi check up, nurse check jantung Rizqi, nurse kata ok sbb ada dengar jantung dengan normal. Pas tu ibu pun pegi kerja macam biasa, balik dari kerja tu, ibu rasa mcm sakit perut, tapi macam pelik pun ada sbb sakit perut macam contraction, tp takla kuat, ibu rehat dulu, sementara tu ibu suruh ayah keluar beli makanan, masa ayah keluar tu, ibu ke toilet, pastu tgk macam ada spotting, ibu rasa tak sedap hati, terus call ayah patah balik rumah, sbb nak ke hospital.

Sampai hospital, mmg sakit sangat2 ibu rasa, masuk emergency, pas tu ibu ke toilet lagi, dah rasa mcm something nak keluar. Mmg sangat-sangat panic masa tu, sbb 1st time rasa, sementara tunggu doc, ibu baring je, nurse check jantung Rizqi, lega sebab dengar jantung Rizqi, rupanya tu lah kali terakhir ibu dengar jantung Rizqi. Pas tu contractions makin kerap dan sakit.

Bila doc sampai, terus bawak masuk bilik untuk scan.

Bila scan, doc tengok waterbag dah keluar pada pintu rahim, mmg tunggu masa je nk pecah keluar. Dan jalan pun dah bukak.

Air keliling Rizqi pun dah xde, Ya Allah, masa tu lemah 1 badan rasa, sbb tgk Rizqi masih gerak-gerak, aktif pulak tu. Tapi kena buat keputusan untuk lepaskan Rizqi.

Sedih mmg teramat sedih, tapi doc cakap kalau Rizqi kat dalam pun Rizqi tak boleh survive, sbb air dah xde, oksigen Rizqi dah xde.

So doc decide untuk ibu bersalin normal.

24/3/2015 (Jam 12 lebih): Ibu pun kena tolak masuk labor room, lemah longlai rasa sbb kena bersalin kan Rizqi tapi dalam masa yang sama ibu kena redha Rizqi pergi.

Ibu sakit contraction lebih kurang 4 jam dalam labor room. Sampai 1 masa, ibu nak ke toilet, masa tu panggil nurse, tapi bila nak bangun sakit sangat. Sakit tak terkata. Rupanya dah sampai masa Rizqi nak keluar ke dunia.

Tepat jam 3.54 pagi: Alhamdulillah dengan mudahnya anak syurga ibu keluar.

Ayah kata masa Rizqi keluar Rizqi sempat hisap jari, mungkin Rizqi nak tunjuk kat ayah yang Rizqi masih bernafas masa tu. Masa tu perasaan ibu Allah sahaja yang tahu.

Ibu bersyukur sebab Rizqi keluar sempurna sifat dan fizikalnya, sangat sempurna di mata ibu dan ayah, doc pun kata fizikal dan tulang Rizqi sangat-sangat sempurna dengan umur Rizqi yang hanya 18minggu. Tapi Rizqi hanya bertahan tak sampai setengah jam pun. Lepas nurse dah bersihkan Rizqi, nurse bawak Rizqi jumpa ibu, Ya Allah tenang setenangnya muka Rizqi masa tu, lena anak ibu tido. Masa tu mmg Rizqi dah tak bernafas.

25/3/2016: Ibu dan ayah bawa balik Rizqi ke Temerloh, untuk sempurna kan jenazah Rizqi.

Alhamdulillah Rizqi dikebumikan pada hari jumaat, penghulu segala hari. Urusan pun Alhamdulillah dipermudahkan. Lepas solat jumaat, jenazah Rizqi selamat dikebumikan.

Tenang lah kau disana anak syurga ibu dan ayah. Rizqi sentiasa dalam hati ibu ayah. Hampir 5 bulan Rizqi dalam rahim ibu, Tak pernah sikit pun ayah ibu lupa kan moment dengan Rizqi.



Al-fatihah.







16 Aug 2015

Hadiah anniversary

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, the best gift gift ever aku dapat kali ni, tak terkata! Perancangan Allah itulah yang sebaik-baiknya.


15 Ogos 2014 - Aku menjadi seorang Isteri

15 Ogos 2015 -  Alhamdulillah disahkan pregnant! Syukur sangat2.

Okeh entry ni nk cerita apa yang aku rasa masa disahkan pregnant tu. Period aku alhamdulillah regular, seminggu sebelum tarikh due period aku, badan rasa tak sedap je, panas je mcm nk demam tu tapi tak demam pun. Pas tu sakit belakang, aku agak angin je la kot, tahan je la.

Dalam 2 hari sebelum due period pulak, asik mengantukkkk je.

Mengantuk dia mmg letak je kepala boleh terus lelap. Haha

Okeh aku rasa yg tu je kot aku perasan.


Aku ni antara org yang addicted dgn upt. Haha. Sbb apa? sbb start lepas kawen, boleh kata kan setiap kali nk period tu aku akan test, mcm tu la selama setahun. Hehe


So mcm biasa, sehari sebelum due period (rabu), aku pun test la (kt rumah mmg dah ready upt yg strip tu byk2, kata addicted! haha), lepas test tu, aku mcm malas nk tunggu smpai 5 minit, terus buang.

Macam mana entah, tergerak hati nk tgk balik, lepas 2 jam mcm tu kot, gigih la amik dlm tong sampah balik, tgk2 mcm ada 2 line, aku pun mcm -Eh btol ke ni- sbb sepanjang aku test, ni la kali pertama dapat double line! walaupun sangat2 kabur, kabur dia mmg tahap sampai pening-pening punyalah nk fokus kat line tu smpai nampak. So aku buat diam je la, tak bgtahu husband lg.


Then aku g la keje mcm biasa. Kat ofis tak payah cakap laaaaa, mmg duk pikir pasal upt tu aje. Haha

Balik tu aku amik upt tu tunjuk kt husband, mula dia ckp 1 line je ni, tapi aku ckp kat dia aku yakin yg ada 2 line, sbb aku dah banyakkkkk (kali) sgt tgk upt yg 1 line, so yg kali ni mmg totally different. 


Dia pun duk pusing-pusing upt tu, nk cari angle la konon nye hehe.

Tgk punya tgk. Tara! Dia kata ada nampak | | line.

Dalam hati aku xpayah ckp la wehhhhh, dia punya happpy tu Allah je yg tahu.

Tapi disebabkan terlampau kabur, ktorg decide xmau berharap sgt, sbb takot upt tu masuk angin ke apa ke kan, kang xpasal kecewa.

Jumaat ptg tu ktorg keluar pegi beli upt, klu ikut husband abis semua dia suruh try, haha

Kononnye nk test pagi sabtu, tapi disebabkan aku jenis yg tak menyabo dan mmg addicted dgn upt, ptg tu jugak aku test! hahahah


And guess what? It's positve! walaupun agak kabur bagi aku (gambar bawah ni upt nye), tp jauh lebih terang dari yg 1st test tu. 



Lepas test tu aku rasa mcm lebih yakin la sikit, Aku pun apa lg terus survey mana2 klinik untuk pegi confirm kan aku pregnant ke tak. Ha nampak tak eksaited nye aku kt situ. Haha mmg tak boleh nk dibendung dah. 

Memandangkan aku dah beli Clear Blue tu, esknye (sabtu) pagi-pagi sebelum subuh aku test. 


And positive again! Ya Allah tak dapat nak describe mcm mana perasaan aku masa tu. 


Kalau ikut kat CB tu, 1-2 weeks, bermakna kandungan aku lebih kurang 3-4 weeks. 

*yg bawah tu aku test pagi sabtu tu jugak. hehe

So ktorg pun decide nk terus ke klinik pagi tu.


Pilih punya pilih, ktorg decide nk pegi Pusat Perubatan Kohilal kat taman melawati. Tentang klinik ni nanti aku review kat entry lain.


So masa kt klinik tu, aku kena test upt lagi, dalam hati ni duk berdoa dan berharap je biar lah positive, takut jugak kalau kat klinik tiba-tiba -ve. haha

Alhamdulillah +ve. Then terus masuk jumpa doktor, doktor pun sahkan pregnant. 


Lagi 2 minggu baru datang balik untuk check and scan. 


Morning sickness Alhamdulillah setakat ni terkawal, skrg cuma pening dan loya, tapi makan Alhamdulillah selera (bertambah selera sampai rasa semua benda nk makan). haha Nafsu makan kemainnnn.



 Next entry pulak Insyaallah aku review pasal Klinik Kohilal. 

 .