Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

24 Sept 2011

YOGURT.

Assalamualaikum.




Yogurt! yummy yummy~ Sangat2 lah suka makan yogurt tau. Tiba2 terfikir pulak nk cari pasal kebaikan yogurt. Yogurt neh bkn je best untuk dimakan tp bagus jugak untuk kecantikan. eceh!. 


Antaranya ia boleh menghilangkan bekas2 jerawat kat muka tuh. selain tu lah kan.. yogurt pon elok untuk buat masker, hee korg beli lah byk2.. separuh buat makan, separuh lg buat masker tp jangan pulak pi makan yg dh buat masker tuh.Oh tidak.! hehe :). 


Ha yg best nye yogurt pon bagus untuk kulit kepala tau. sape2 yg gatal kulit kepala atau ada kelemumur tuh, boleh la guna yogurt yep. Menopause ? ada jugak kebaikan yogurt untuk wanita kat luar sana yg akan masuk ke alam menopause ni, yogurt menghasilkan lebih byk kalsium berbanding susu.

So ape lg korg, pilih lah yogurt mana yg korg suke ! selamat mencuba ! :)


23 Sept 2011

Suntikan HPV.





HPV : penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV ini selepas berkahwin.
 
Kanser serviks : kanser yg terjadi pada pangkal rahim. Kanser ke-3 paling kerap dikesan dikalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1500 di negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser ini di kalangan wanita.


sumber : info sihat


Antara punca2 seseorang itu boleh menghidap kanser ini

- hubungan seks di waktu muda
- merokok
- mengambil pil perancang dalam tempoh yang lama
- ada jugak cik secha baca wanita2 yang kerap melahirkan anak juga berisiko menghidap kanser servik. pheww agak ngeri di situ.

Tanda-tanda awal kanser servik neh antaranya pusingan haid tidak tetap.. kejap ada kejap xde. kejap kerap sgt.. kejap jarang sgt, keluar lendir dari vagina dgn warna yg berbeza, warna darah haid tidak seperti biasa. Okeh skrg jom kita cite bab tempoh dan harga suntikan hpv ni, tempoh suntikan hpv neh 3 kali dalam masa 6 bulan.

: Suntikan pertama - tarikh pelalian diberi di sekolah atau klinik
: Suntikan ke-2 - 1bulan lepas suntikan pertama
: Suntikan ke-3 - 6bulan dari suntikan pertama



Harga suntikan ni pulak agak mahal jugak la dalam mungkin dalam lingkungan RM400 ke RM600, mungkin juga sampai RM1000. mahal kan? heee. Tapi selain mengambil vaksin ini, ada jugak cara lain iaitu dgn melakukan ujian pap smear.

*Pap smear : ujian ini akan dilakukan dgn menggunakan kayu kecil (spatula), spatula akan dimasukan ke dalam faraj untuk mengambil sel-sel pada bahagian serviks dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini akan dihantar ke makmal untuk diproses sebelum melakukan pemeriksaan mikroskopik. 

Harga untuk ujian ini lebih murah berbanding mengambil vaksin iaitu dalam lingkungan RM40 ke RM50 aje. Byk jugak kan beza harga dgn suntikan hpv td tuh, jadi pilih la mana 1 yg korg nk. heee. Jaga kesihatan ye rakan2 ! :)

p/s : ada sumber mengatakan yang lelaki jugak berisiko menghidap hpv. jadi para lelaki kat luar sana tuh jaga kesihatan okeh ! :)