Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kesihatan.. Show all posts
Showing posts with label kesihatan.. Show all posts

14 Sept 2012

Cabaran 10 HARI Quaker Oats !

Assalamualaikum.



Ehem ehem ! Tajuk kemain lagi kannnn. Cabaran lah sgt yeeee cik secha !.


Yg sebenar2nya, cik secha saje je lahhhhhh nk cabar diri sendiri kunun2 nye nk makan oats dlm masa 10 hari berturut-turut, kecuali weekend! Ehhhh nk ape pasal ada kecuali2 ni! haippppp. Al maklum lah kan, weekend kan orang kenduri kendara bagai, takkan lahhhh time kenduri nak bawak oats kan ! Rugi wooooo:)


Memandangkan berat pon dah naik skrg, terpaksa lah mencabar diri sendiri, tapi kannnnn cabar diri sendiri dgn orang lain bg cabaran ni lain tauuuu !. hahaha


Kalau orang bagi cabaran, feeling tuh rasa semacam ! rasa macam semangat terlebih gituuu kannn. 


Tapi takpe, cuba jugak lah kan, hari2 duk makan nasi ajee pagi petang siang malam kan, sampai badan pon dah mcm belon panas !


Itu sgt2 lah tidak sihat okeh!. Actly bukan taknak makan nasi langsung, cuma kurang kan aje, then gantikan dengan oats ni :)





"Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung."



Oats ni sangat2 lah baik untuk jantung okeh ! 



"Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.
Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus."




"Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal."


Petikan dari Utusan Online 



ha tgk tu...tgk tu ! banyak kannnn khasiat oats ni, actly banyak lagi kannn, dari jantung sampai lah ke usus kita boleh jaga tau !

Rajin tak rajin je :)




So j0m lah sesama kita makan oats ! 

*amboi diri sendiri pon belum terima cabaran, sibuk nak ajak orang ye cik secha



Hikhikhik!~



Selamat mencuba. Daaaaa!



















25 Mar 2012

Resdung. Bahaya ?







+ Assalamualaikum +

Rasa2nya semua pon tahu resdung ni mcm mana kan, dia lebih kurang macam allergic la, mmg allergic pon. heee :)

Entry kali ni saje aku post pasal resdung. Ye lah memandangkan makin ramai yang mengidap resdung ni. Org yang mengidap resdung ni dia akan lebih kerap bersin terutamanya di waktu pagi lepas bangun tido tuh kan, hidung kerap berair, badan lemah dah kerap terasa yang anda demam, ada jugak yang selalu sakit kepala, kepala terasa beratttt je, lepas terasa gatal2 di bahagian lelangit (kat dalam mulut tu, aku xtahu ape nama saintifik dia.  heee ).


Act aku pon ada resdung jugak, mmg xtahan, asal salah makan je, terus hidung jadi mcm xselesa, ataupun berdarah. oh sangat xbest hokehhh! 1 lagi masalah kat aku ni, asal aku selsema je Asma aku mesti tanpa segan silu nye datang, so untuk elak kan asma tu, elak kan lah selsema, untuk elak kan selsema tu, pantang lah sikit sha oii ! :) Enough sha ! :)


Oke jom kita tgk bahaya ke tidak RESDUNG ni ~


Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus sebenarnya adalah rongga2 di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. 

Menurutnya lagi, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita. 

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.


Sebab tu lah, sangat2 penting mengurangkan tabiat merokok dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit2 resdung ni.





Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.








Kalau korang ada gejala yang berkaitan dengan hidung macam sakit bahagian muka ke hidung ke, keluar nanah yang kaler hijau dari hidung tu ke atau kahak kaler yang sama di waktu pagi tu kan, itu mungkin resdung. Tu lah bezanya antara resdung, deman selsema biasa dan alahan resdung.


Haaaa bahayakannn, boleh bawak maut wooo, kebanyakan orang macam pandang remeh je resdung ni, mungkin sebab org ingat macam alahan biasa je kan.


sumber #utusan. 

So kalau korang nak info lebih lanjut sila click link ni ye - Utusan Online



Daaaaa~