Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

29 Mar 2016

Muhammad Rizqi anak syurga Ibu dan Ayah.



Assalamualaikum.


Untuk kehamilan yang sebelum ni aku keguguran pada 6 oktober 2015, kandungan aku cuma dapat bertahan smpai 10 minggu je.

Dan selepas 2 bulan aku pregnant lagi. Alhamdulillah.

Muhammad Rizqi bin Muhammad Afif

14/12/2015 : Hadirnya Rizqi dalam rahim ibu, Happynya ibu dgn ayah tak terkata, Rizqi anak yang baik, mengandungkan Rizqi mmg sangat2 mudah, Ibu xde morning sickness yang teruk, selera makan Alhamdulillah ok. xde muntah2 yg teruk. 

8/2/2016: Ibu demam, batuk, selsema, sampai la 12/2/2015, dekat seminggu ibu demam, dan ibu pun di sahkan dijangkiti Influenza B, Ya allah, tuhan je tahu mcm mana ibu risaukan Rizqi masa tu, takut apa2 jadi kat Rizqi, takut Rizqi pun sakit, Tp Alhamdulillah, bila doc check, doc scan, Rizqi elok je kat dlm rahim ibu, bergerak-gerak, 

Masuk 16 minggu, ibu mula rasa Rizqi bergerak-gerak, walaupun tak kuat tp ibu tahu itu Rizqi. Rizqi suka bergerak waktu malam, kebetulan ibu pun mmg susah tido malam. Masa mengandungkan Rizqi, macam-macam ibu nak makan, ayah sampai risau, risau sebab tgk banyak sangat ibu makan, macam tak terkawal pulak.

23/3/2016: Pagi tu ibu pergi check up, nurse check jantung Rizqi, nurse kata ok sbb ada dengar jantung dengan normal. Pas tu ibu pun pegi kerja macam biasa, balik dari kerja tu, ibu rasa mcm sakit perut, tapi macam pelik pun ada sbb sakit perut macam contraction, tp takla kuat, ibu rehat dulu, sementara tu ibu suruh ayah keluar beli makanan, masa ayah keluar tu, ibu ke toilet, pastu tgk macam ada spotting, ibu rasa tak sedap hati, terus call ayah patah balik rumah, sbb nak ke hospital.

Sampai hospital, mmg sakit sangat2 ibu rasa, masuk emergency, pas tu ibu ke toilet lagi, dah rasa mcm something nak keluar. Mmg sangat-sangat panic masa tu, sbb 1st time rasa, sementara tunggu doc, ibu baring je, nurse check jantung Rizqi, lega sebab dengar jantung Rizqi, rupanya tu lah kali terakhir ibu dengar jantung Rizqi. Pas tu contractions makin kerap dan sakit.

Bila doc sampai, terus bawak masuk bilik untuk scan.

Bila scan, doc tengok waterbag dah keluar pada pintu rahim, mmg tunggu masa je nk pecah keluar. Dan jalan pun dah bukak.

Air keliling Rizqi pun dah xde, Ya Allah, masa tu lemah 1 badan rasa, sbb tgk Rizqi masih gerak-gerak, aktif pulak tu. Tapi kena buat keputusan untuk lepaskan Rizqi.

Sedih mmg teramat sedih, tapi doc cakap kalau Rizqi kat dalam pun Rizqi tak boleh survive, sbb air dah xde, oksigen Rizqi dah xde.

So doc decide untuk ibu bersalin normal.

24/3/2015 (Jam 12 lebih): Ibu pun kena tolak masuk labor room, lemah longlai rasa sbb kena bersalin kan Rizqi tapi dalam masa yang sama ibu kena redha Rizqi pergi.

Ibu sakit contraction lebih kurang 4 jam dalam labor room. Sampai 1 masa, ibu nak ke toilet, masa tu panggil nurse, tapi bila nak bangun sakit sangat. Sakit tak terkata. Rupanya dah sampai masa Rizqi nak keluar ke dunia.

Tepat jam 3.54 pagi: Alhamdulillah dengan mudahnya anak syurga ibu keluar.

Ayah kata masa Rizqi keluar Rizqi sempat hisap jari, mungkin Rizqi nak tunjuk kat ayah yang Rizqi masih bernafas masa tu. Masa tu perasaan ibu Allah sahaja yang tahu.

Ibu bersyukur sebab Rizqi keluar sempurna sifat dan fizikalnya, sangat sempurna di mata ibu dan ayah, doc pun kata fizikal dan tulang Rizqi sangat-sangat sempurna dengan umur Rizqi yang hanya 18minggu. Tapi Rizqi hanya bertahan tak sampai setengah jam pun. Lepas nurse dah bersihkan Rizqi, nurse bawak Rizqi jumpa ibu, Ya Allah tenang setenangnya muka Rizqi masa tu, lena anak ibu tido. Masa tu mmg Rizqi dah tak bernafas.

25/3/2016: Ibu dan ayah bawa balik Rizqi ke Temerloh, untuk sempurna kan jenazah Rizqi.

Alhamdulillah Rizqi dikebumikan pada hari jumaat, penghulu segala hari. Urusan pun Alhamdulillah dipermudahkan. Lepas solat jumaat, jenazah Rizqi selamat dikebumikan.

Tenang lah kau disana anak syurga ibu dan ayah. Rizqi sentiasa dalam hati ibu ayah. Hampir 5 bulan Rizqi dalam rahim ibu, Tak pernah sikit pun ayah ibu lupa kan moment dengan Rizqi.



Al-fatihah.







30 Dec 2013

Cerita Kawen 1 : Idea Baju Nikah

Assalamualaikum



Ehem ehem. Bermula lah cerita kawen cik secha ! hikhik *padahal lambat lagi oiii nk smpai tarikh nye. haha

Gelabah je lebih kau ni sha. hahahaha


1st entry untuk cerita kawen nih nk cerita pasal idea baju nikah, ohoiiiii pening jugak bila pikir2 pasal baju ni.


Ye lah, buat pelik2 kang mula la segan nak pakai lak nanti kan.


Ni antara baju2 yang aku duk belek2 kat google . hikhik





Yang ni ala2 mini kurung moden lah kot. So agak singkat tp mcm cantekkkkkk je. hikhik






Yang ni simple, tapi nampak eksklusif kannnnnn





aku mcm terpikir jugak nak buat simple mcm ni, kot nnt lepas2 tu boleh pakai lagi kan. heee






Ini cantik dan klasik sangat okeeeeee.





ha yg ni pun mcm yg pink atas sekali tu, mini kurung. tapi aku suka tang kain dia tu, hehe





Ini punnnnnnnnnnnn nice! simple je kan, tapiii mcm memukau gituuu. hahaha






Dannnnnnnnnn yang paling paling palinggg menarik perhatian aku, baju nikah Fasha Sandha ni ha, haihhhh berkenan btol kat mata nih, pas tu mcm suweeeeeet ada riben kat bahu tuh kan. hikhik. Buat baju untuk reception pun oke jugak nih. Heee


Gambar semua ehsan dari pakcik Google


Sebenornye lebih kurang jeee fesyen2 baju2 kat atas ni, sbb aku mmg berkenan dengan kurung moden je, ada jugak terpikir nak buat ala2 peplum yang tak berapa nak kembang tu, tapiiiiiii aku ni dah la tak berapa nak tinggi, kemetot, mmg makin kemetot lah kot kalau pakai peplum tu.

*mengikut pengalaman sebelum ni sbb dh penah try pakai peplum. haha



So agak pusinggg jugak nih nak buat baju nikah nih, aiyaaaa.



nanti kan cerita kawen seterusnya pulak okeeeeee.


Dadaaa !

19 Dec 2013

Segala macam benda

Assalamualaikum




Haih, mana nk pikir hantaran nye, mana nk pikir pelamin nye baju nye doorgift nye make up nye pasal kenduri nye, phewwwww


Walaupun ada lg 8 bulannnnnn, tapi tapi tapiiiiii ! 8 bulan tu klu skrg nih mmg pejam celik pejam celik je lahhhhh, dahhhh smpai bln 8, takkan lahhhh lagi sebulan 2 baru kelam kelibut ohoiiiiii.


Mmg nervous bila pikir semua benda nih. haih.


Dan mmg dah jadi lumrah kot perempuan mmg akan pikir macam2 bab kenduri berbanding dgn lelaki. Okeh bukan nk ckp lelaki ni xpikir langsung, tapi sbb dorg lebih fikir kan kehidupan lepas kahwin, ye tak ?


Oh maiiiii ! bln 1 neh mmg dah kena start buat atau cari sikit2 apa yang patot, piu piuuuuuu.


Okeh ready lahhh cik secha oi untuk mem 'busy' kan diri. !





21 Nov 2013

DUP DAP DUP DAP!

Assalamualaikum.




Ohoiii, lagi 2 hari lagi, eh? ape yang 2 hari lagi. heee. apa lagiiiii, episode 1 sha dan afif lah! ehek!


Pheww. bila dah dekat nih, rasa mcm semua benda mcm xsempat, mak kt rumah pun duk risau hantaran xsiap lagi. hiu hiu.


Ye lah, kata mak, selagi dia xtgk hantaran tuh siap sepenuhnya depan mata, xtido malam dibuatnye oi, kata nye lah.



Errr aku mcm biasa lah, buat lah relax selagi boleh, haha. padahal dalam hati, risau ganda2 oi duk pikir byk lagi rupanya benda tak siap. hiu hiu


Okeh lah, itu je nak bebel, selain tuh, tunggu gambar jek lah yep. hikhik




Semoga dipermudahkan urusan kami. Amin.










23 Sept 2013

Persedian segala macam benda.

Assalamualaikum.




Toink Toink!

Okeh macam tak sabar pun ada nak sampai bulan 11 ni, tapiiiiii macam risau2 dan berdebar2 pon ada.

Haishhhh.



Semoga dipermudahkan. Amin


Eh tapi kenapa berdebar pulak kan, jeng jeng jeng


Takpe itu nanti kita tunggu bulan 11 baru keluar gambar, hikhik.


Sekarang masa untuk fikir segala macam DIY, heh kalau nak ikut kan hati aku nih, semua benda pon nak buat sendiri.



Tapi.. tapi.. tapiiiiiiii, kalau ikut kan waktu kerja aku yang macam kelawar nih, malam kerja, siang tido!. sempat ke tak tah nak siap kan semua benda. Haishhhhhhh



Tapi kalau buat sendiri macam lagi puas hati kan, wink wink ! 



Antara benda-benda yang aku nak buat sendiri :

-Segala macam hantaran
-Pelamin Mini
-Veil
-Shawl
-Hand Bouquet


Ha! sempat ke tak ni sha oiiiii ! lagi 2 bulan lagi nih dan 1 apa pun aku tak buat lagi. Ermmmm




Hopefully siap semuanya sebelum majlis . pheww




Daaaaa!~ 



XOXO:D










29 Apr 2013

DATING WITH TONY STARK ! Err plus with encik kekasih !

Assalamualaikum.



Amboi title xmau kalah kau sha ! haha. Tony stark lah sgt. Smpai kau hilang kat dunia ni pun belum tentu dia  kenal kau. haha


Memandangkan semalam adalah off day yg ditunggu-tunggu. So aku pun ape lagi ... plan lah dengan encik kekasih nak tgk IRON MAN 3 !


Setelah perbincangan dengan encik kekasih selesai ... aku pun cepat2 p bukak online gsc ! 


Naaaaa seat yg memang berlambak2 lagi . Aku punnnnnn cepat2 lah tgk time dan tempat yg nak ditonton tuh, then BOOKING !



So dapat lah tiket macam yang kat bawah ni . haha.



*Aku tiba2 teringat cakap salah sorg adik kat gsc ke tgv aku pun lupa, dia cakap amik seat kat H ke G ke sebab eye level kita. Haha !

So aku dengan confident nye amik lah H22 - 23 ! kuikui





* nseb baik seat oke. ! haha



Okeh sebelum dating dengan tony stark, terlebih dahuluuuuuu , harus lah kan pi cari makanan dulu kan kan kan. Perot ktorg dah menyanyi lagu2 wings dah nih, eceh mentang2 lah skrg konsert rockestra (betol ke tidak tah ejaan aku tuh.) kan . Haha




So memang kalau dtg TS ni, vivo memang dah kira wajib ! 


Encik kekasih memang xde order menu lain, baked rice dia tu lah. (haih suka betol, xpaham aku, xbosan2 pulak tuh.). hikhik.



Aku ? ofcos lah uollssssss, nak cuba menu baru konon nye, 


Dan aku memang suka amik menu yang ada tanda kat tepi dia, contoh nye tanda topi chef ke, tanda garpu ke, atau ape2 lah yang menunjukkan yang menu tu best atau ramai org order lah kot. hahaha.




Taraaaaaa! aku order menu seperti kat bawah ni. Tapi lupa apa nama dia. boleh tak ? hahaha. (banyak makan semut betol ! )





Menu ni ada ayam (ofcos!), nenas dua ketui, pas tu salad, bagi aku memang best sebab kena dengan selera aku. So dia mcm manis2 sikit la. Dan nenas tu memang stok potong kaki la, manis kau !



Dan siap2 makan, dah burpp burpppp ! Alhamdulillah. hikhik. Ktorg pun terus lah pergi mencari tempat yang dituju. 








Nahhhhhhh ! Amik kau !. 
Macam ada sale pulak aku tgk. Bak kata encik kekasih, penangan konsert 'Iron Maiden'. haha








Iklan jap... Ini muka semangat nak tgk IRON MAN ! haha. 



Oke berbalik pada gambar yang ramai2 tadi tu.......


Nasib baik ktorg dah beli tiket siap2. Yeahhhhh e-payment sangat2 berbaloi bila time2 macam ni yeeeee. 


Mula lah rasa bangga tiket dah ada! haha. haish. shuhhh shuuuu ! pergi kau perasaan yang xberapa nak elk!.

Dannnnnnn! 5.40ptg! Tibalah masa dating dengan tony stark ! haha

 And semestinya aku kalau iron man ni seboleh2 nye nak bagi lima bintang ! xpernah mengecewakan setakat ni oke! xtau lah korang. Hahaha



Oke tu diaaaaa. Selesai sudah dating dgn Tony Stark ! muahaha.



Dah keluar wayang. Perot pon ape lagi ! haih bergendang2 lah kan. 

Misi mencari makanan lagi ! Erkk padahal sebelum tgk wayang tadi baru je makan. 

Errr apa dah jadi dgn perot aku ? -_-'



Fikir punya fikir, encik kekasih ckp makan kat luar aje lah. Dalam TS ni xtau nak makan kat mana dah plus org yang sangat sangat sangat  ramaiiiii oke ! boleh bayang tak ramai dia macam mana?) . ha gituuu.


Tapi kannnnnn...tapiii, otw nak turun ke parking tuh. Haaaa sempat lagi kau ! Singgah kat Makcik Ani dulu ! 


Ye itu memang peberet ktorg ! xboleh nak pandang sebelah mata jeeeee !







Ha tudiaaaaaaaa ! tgk lah dalam tuu tuuu tuuuuuuuu ! coklat tuuuuu ! xkira dah comot2 pun . hahahaha.



Lepas makan coklat yg banyak tuuuuuuu....

Singgah lagi ! kat mana ?






Ha air peberet pulak ! hahaha. CHATIME !








Actly, sebelum niiiii, encik kekasih ni xberapa nak berkenan sangat chatime ni ! Tapi baru niiii ada pulak flavor baru kannnnn ! STRAWBERRY CHOC MILK TEA ! ha amik kau nama dia .




Boleh bayang tak rasa dia macam mana. haha.



Aku mcm biasa lah, setia kat satu tu je. PEARL MILK TEA ! yeahhh.







Okeh sila abaikan mata aku yang nak terkeluar tuh ! Itu antara kesan2 nya bila dh lama xdapat minum ! haha





Dannnnnn aku still rasa xkenyang lagi ! errrr -_-'





 Ada belaan ke ape ni perut kau ni sha ! haih. 




Ktorg decide makan kat KGB ! kgb ni ada 1 tempat kat kat kg. baru, dia macam homemade burger lah . Dannnn stall dia pun duk dalam garaj rumah. Nanti aku buat review pasal KGB pulak. hikhik





Ini di sabotaj oke ! Aku punya burger 1 sahaja ye. DIULANGI. satu sahaja ! hahaha





Yang 1 lagi harus lah encik kekasih punya. Plus menu yang bawah ni ! dia jugak yang punya. Hahaha




Jadiiiiii, kesimpulannya ! hari ni makan lebih dari wayang ! perot memang jadi keras teruihhh sebab banyak sangat makan ! hahaha






Oke itu saja aktiviti ktorg dikala OFF DAY ! haha.





Daaaaa. XOXO !





23 Apr 2013

BULAN YANG HEBAT.


Assalamualaikum.



Oh bulan ini sangat lah berat rasanya, tp Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik.


Cuma bln ni macam memerlukan mental yang kuat. Pheww.


Rasa mcm betul dugaan nye ha.


Tapi ada jugak yang best.


Yg best nye my adik nak bertunang ! oh soooooo excited oke!


Sbb ni la majlis yang pertama dlm keluarga kami. (mmg la sbb ktorg 2 beradik je. hikhik)


So rasa nye hari-hari aku duk search pasal hantaran la, pasal pelamin la, dah xde fikir diri sendiri dah. 


Sbb majlis yang besar nye pun tahun ni jugak.


Setiap kali wassap dengan family, xde benda lain yang dibincangkan, semua nye pasal idea untuk majlis adik nnt.


Untunglah kau dik, nanti kalau kakak kau ni nak kawen, kau buat xtau je, siaplah kau !.haha


Oke itu saje aku nak bebel2 hari ni, lama dah xmakan kerepek.! hikhik.


Daaaaa. Xoxo!





20 Apr 2013

Waiting.












22 Mar 2013

Baru dan baru lagi.

Assalamualaikum.



Tahun baru, kerja baru, partner baru ? Alhamdulillah masih orang yg sama.


Oh tahun ini saya bakal dapat adik ipar. Diulangi.. ADIK IPAR oke! (saje nak cite)

Phewww~


Mcm biasa la, soalan cepumas, kakak nye bila lagi.


Kakaknya mungkin belum smpai masanye lagi ye. Jadi makcik2 pakcik2 harap bersabar yeeee.

Oke bab kerja baru, Alhamdulillah tahun ni rezeki dapat kerja baru, act da lama tunggu kerja ni, tp xpe la, dpt jugak pengalaman setahun kerja kat tempat lama dulu.


Best la sikit nk letak dalam resume. hikhik.

Suasana kerja baru ni lain sikit la, lagi cool la, xde la formal sangat kan.


waktu kerja pun dah berubah, sekarang dah jadi macam kelawar, kekeke.


Tapi oke la, dah mmg minat kan. :)


------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni xde motip post gmba sendiri.

Oke sekian. -_-!






Xoxo!





7 Jan 2013

MENCINTAI tak semestinya MEMILIKI

Assalamualaikum,




Morning gegirllll ! :)


Pepagi ni tetiba rasa nak cerita bab-bab perasaan, eceh !


biasa tak dgr 'mencintai tak semestinya memiliki' ?


Okeh cik secha sgt setuju ! sebab ?


Ye lah, kadang-kadang kita kena lepas kan orang yang kita sayang untuk dia cari sendiri kebahagian dia, dia pun berhak memilih siapa yang akan jadi teman hidup dia kan. kan kannnnnn.


Tak sanggup?? yeahhhh. sapa sanggup kan. alangkan nk bagi barang yang kita sayang kat org lain pun sedih2 bagai. lagi lah nak bagi org kannnn. tapi sanggup ke kita tgk dia pura2 sayangkan kita, sedangkan kita tahu hati dia kat tempat lain.

sanggup ke korang kannnn. mmg salute lah sape2 yang sanggup itu , hiks! (kecuali bersebab okeeee)

So jalan terbaik, lepas kan dia, biar dia sendiri pilih jalan hidup dia, kalau betul jodoh dia dengan kita, dia akan balik dengan kita jugak, tapi kalau bukannnnn korang jangan pulak pergi serang si dia yang tgh bahagia ituuuu ye. 


okeh sekian saje bebel-bebel di pagi hari . Chillll!


Daaaaaaa~






12 Dec 2012

#WordLess Wed.















13 Oct 2012

ULANGTAHUN DAN BULAN.





Happy 1y 7m anniv. En Kekasih !.


awak sahabat, awak kekasih, awak BOSS!. awak special. awak ape lagi erh.? awak semua2 lah senang cite. Thank youuu !







p/s: gedik santai lagi. haih. :)








GEGEDIK

Assalamualaikum




Tadi tetibe je dapat news dari encik kekasih yg boleh dikatakan buat cik secha happy jugak lah !



Berita yg duk tunggu dia bgtau sblm ni, akhirnya keluar jugak. piu piu~'


Even mcm terkejut, tapi Allah S.W.T saje yang tahu mcm mana happy yang amat hati ni okeeee ! klu lah hati ni boleh melompat2, dah lama dah keluar melompat2! 

hahahaha. oke itu saje, berita nye apeeeee?


haaaa rahsia lagi. hikhik .




Haih tetiba mcm rindu. eceh !

pdhal pakai walkie tALkie pun bole bercakap secha oi ! punya lah dekat.


tu nama nye rindu gedik santai ! haha



Daaaaa!~







10 Oct 2012

LELAKI.



Assalamualaikum.

Taraaaaaa, entry kali ni tetiba pulak cerita pasal lelaki kaaaannn.

Okeh dah xmau merepek meraban.

Ini antara tanda2 apabila lelaki serius, mungkin sesetengah nye boleh dituju untuk perempuan jugak kot.~
Opps lupa nk bgtau, hikhik. 1-20 ini semua dari tentang cinta .(^__^).

Moh kita baca. ! 

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

okeh habes baca dah ? ha amcam ? setuju tak korg ?

Bagi cik secha pulak lah kan, ada lah kot point yang boleh di amek kira, tapi ada jugak yang macam tak wujud  dah zaman sekarang ni, kalau ada pon 1 dlm 10 kot. hikhik. tapi lain orang lain pendapat kan, lagi pun semuanya sudah ketentuan-Nya, kita hanya mampu merancang :)

Chillll!~ 








29 Jun 2012

Rama-rama

+ Assalamualaikum +


weeeee lama xskodeng sini. hehehe. Actly xde apa nk taip pon kali ni, just nk share dgn korg 1 lagu ni, tetibe rasa macam best pulak lagu ni. ni kes duk tgk cite dejavu lah ni ! . weeeeee :)




Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


:)