Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

27 Aug 2016

Usaha saya : OPK

Assalamualaikum...



Kali ni aku nk cerita tentang perjalanan ttc aku. Perjalanan ttc aku nak kata panjang tu la. Alhamdulillah aku dah pun masuk tahun kedua perkahwinan.


Untuk 1st pregnancy (keguguran), masa tu genap setahun aku kahwin, aku disahkan pregnant, Ya Allah punya la happy tak terkata oiii ! 

Ceritanya...

5 bulan lepas aku kahwin, panic mode aku ON! Risau sbb tak lekat, boleh kata setiap bulan aku test UPT, aku rasa aku salah seorang  POAS Addict! (Pee On A Stick Addict), google sana, google sini, masuk forum2 ttc, pas tu aku terbaca pasal OPK (Ovulation Predictor Kit), yang digunakan untuk mengesan hari subur.

So aku pun start la guna dari Januari 2015, 15 Ogos 2015 (Anniversary oii!) aku positif UPT, kira 7 bulan jugak la aku ber OPK.

Tapi aku rasa OPK je tak cukup, awal2 OPK tu aku agak stress, sebab kadang jumpa hari subur, kadang tak jumpa, dalam 5 bulan ber OPK tu, aku dah makin relaks, ANDDDD masa tu la aku jumpa waktu subur. 

So bila jumpa waktu subur, peluang tu cerah la sikit kan, So aku rasa stress tu mungkin mempengaruhi jugak kita nk jumpa waktu subur. 

 Ok stop dulu cerita OPK.

Bila aku dapat UPT positif tu, for the 1st time, boleh bayang tak macam mana excited nye ktorg laki bini. Rasa nk bagitahu semua orang. 

Tapi Allah pinjam kan sekejap untuk aku rasa mcm mana perasaan mengandung tu. Aku keguguran masa 10 weeks (actually kantung membesar sampai 5 weeks je)

Aku berpantang 2 minggu. Sebulan lepas aku gugur tu, period datang macam biasa. Habis period aku ber OPK balik, Alhamdulillah jumpa waktu subur. Mula-mula tu risau jugak kalau hormon lari-lari ke kan.

2 bulan lepas gugur, aku pregnant lagi, kiranya sempat period sekali.

Kali ni dapat tahu pregnant masa birthday aku (kira hadiah birthday la.hehe).

Dan sekali lagi kami diuji, Allah bagi pinjam untuk 18 weeks sahaja, tapi aku bersyukur sempat merasa baby gerak, aku gugur lagi 18 weeks.

Doc nasihatkan supaya aku jarakkan sikit masa untuk pregnant lagi, so aku tunggu sampai 3 cycle period and then TTC balik.

So elok 3 cycle aku period aku start balik ber OPK. Ok kenapa aku bergantung pada OPK? Sbb aku tgk waktu subur aku tak menentu, walaupun cycle aku takde la lari jauh setiap bulan (30-32), tapi waktu subur aku kadang CD12, kadang 14, ada cycle yg smpai CD20 pun ada.


1st cycle OPK (lepas gugur) mmg tak jumpa waktu subur, mungkin hormon lari-lari anak lepas gugur kan, Cycle seterusnya Alhamdulillah dapat line yg sgt terang. Kali ni, selain ber OPK, aku try makan kiwi (dari CD1-orang kata untuk besarkan telur), minum susu kambing, makan vitamin c, dan folic acid tak tinggal. So aku tak pasti sebab aku makan kiwi tu ke dapat line terang. Wallahualam

Moga-moga ada rezeki untuk kami lagi. Oh ye kali ni aku beli OPK dengan Qaisara Loh, Dia guide kita dari awal guna OPK tu. Pada aku senang untuk kita tgk yg strip kita tu dah betul-betul positif ke tak. 


So kesimpulannya, untuk 2 kali pregnant, aku mmg berpandukan pada OPK untuk conceive on time. Yes timing tu sangat-sangat penting. *selain dari doa kita pada Allah S.w.t.


CD -  Cycle Day
TTC- Try To Conceive


Oh ye, aku pernah terbaca, kalau kita ada PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) tak digalakkan guna OPK, sbb hormon LH sentiasa tinggi.


Boleh baca tentang PCOS dan OPK.


baby dust to all of you yang ber 'TTC'

semoga kita diberi kesempatan untuk menjadi Ibu dan Ayah satu hari nanti. Amin






29 Mar 2016

Muhammad Rizqi anak syurga Ibu dan Ayah.



Assalamualaikum.


Untuk kehamilan yang sebelum ni aku keguguran pada 6 oktober 2015, kandungan aku cuma dapat bertahan smpai 10 minggu je.

Dan selepas 2 bulan aku pregnant lagi. Alhamdulillah.

Muhammad Rizqi bin Muhammad Afif

14/12/2015 : Hadirnya Rizqi dalam rahim ibu, Happynya ibu dgn ayah tak terkata, Rizqi anak yang baik, mengandungkan Rizqi mmg sangat2 mudah, Ibu xde morning sickness yang teruk, selera makan Alhamdulillah ok. xde muntah2 yg teruk. 

8/2/2016: Ibu demam, batuk, selsema, sampai la 12/2/2015, dekat seminggu ibu demam, dan ibu pun di sahkan dijangkiti Influenza B, Ya allah, tuhan je tahu mcm mana ibu risaukan Rizqi masa tu, takut apa2 jadi kat Rizqi, takut Rizqi pun sakit, Tp Alhamdulillah, bila doc check, doc scan, Rizqi elok je kat dlm rahim ibu, bergerak-gerak, 

Masuk 16 minggu, ibu mula rasa Rizqi bergerak-gerak, walaupun tak kuat tp ibu tahu itu Rizqi. Rizqi suka bergerak waktu malam, kebetulan ibu pun mmg susah tido malam. Masa mengandungkan Rizqi, macam-macam ibu nak makan, ayah sampai risau, risau sebab tgk banyak sangat ibu makan, macam tak terkawal pulak.

23/3/2016: Pagi tu ibu pergi check up, nurse check jantung Rizqi, nurse kata ok sbb ada dengar jantung dengan normal. Pas tu ibu pun pegi kerja macam biasa, balik dari kerja tu, ibu rasa mcm sakit perut, tapi macam pelik pun ada sbb sakit perut macam contraction, tp takla kuat, ibu rehat dulu, sementara tu ibu suruh ayah keluar beli makanan, masa ayah keluar tu, ibu ke toilet, pastu tgk macam ada spotting, ibu rasa tak sedap hati, terus call ayah patah balik rumah, sbb nak ke hospital.

Sampai hospital, mmg sakit sangat2 ibu rasa, masuk emergency, pas tu ibu ke toilet lagi, dah rasa mcm something nak keluar. Mmg sangat-sangat panic masa tu, sbb 1st time rasa, sementara tunggu doc, ibu baring je, nurse check jantung Rizqi, lega sebab dengar jantung Rizqi, rupanya tu lah kali terakhir ibu dengar jantung Rizqi. Pas tu contractions makin kerap dan sakit.

Bila doc sampai, terus bawak masuk bilik untuk scan.

Bila scan, doc tengok waterbag dah keluar pada pintu rahim, mmg tunggu masa je nk pecah keluar. Dan jalan pun dah bukak.

Air keliling Rizqi pun dah xde, Ya Allah, masa tu lemah 1 badan rasa, sbb tgk Rizqi masih gerak-gerak, aktif pulak tu. Tapi kena buat keputusan untuk lepaskan Rizqi.

Sedih mmg teramat sedih, tapi doc cakap kalau Rizqi kat dalam pun Rizqi tak boleh survive, sbb air dah xde, oksigen Rizqi dah xde.

So doc decide untuk ibu bersalin normal.

24/3/2015 (Jam 12 lebih): Ibu pun kena tolak masuk labor room, lemah longlai rasa sbb kena bersalin kan Rizqi tapi dalam masa yang sama ibu kena redha Rizqi pergi.

Ibu sakit contraction lebih kurang 4 jam dalam labor room. Sampai 1 masa, ibu nak ke toilet, masa tu panggil nurse, tapi bila nak bangun sakit sangat. Sakit tak terkata. Rupanya dah sampai masa Rizqi nak keluar ke dunia.

Tepat jam 3.54 pagi: Alhamdulillah dengan mudahnya anak syurga ibu keluar.

Ayah kata masa Rizqi keluar Rizqi sempat hisap jari, mungkin Rizqi nak tunjuk kat ayah yang Rizqi masih bernafas masa tu. Masa tu perasaan ibu Allah sahaja yang tahu.

Ibu bersyukur sebab Rizqi keluar sempurna sifat dan fizikalnya, sangat sempurna di mata ibu dan ayah, doc pun kata fizikal dan tulang Rizqi sangat-sangat sempurna dengan umur Rizqi yang hanya 18minggu. Tapi Rizqi hanya bertahan tak sampai setengah jam pun. Lepas nurse dah bersihkan Rizqi, nurse bawak Rizqi jumpa ibu, Ya Allah tenang setenangnya muka Rizqi masa tu, lena anak ibu tido. Masa tu mmg Rizqi dah tak bernafas.

25/3/2016: Ibu dan ayah bawa balik Rizqi ke Temerloh, untuk sempurna kan jenazah Rizqi.

Alhamdulillah Rizqi dikebumikan pada hari jumaat, penghulu segala hari. Urusan pun Alhamdulillah dipermudahkan. Lepas solat jumaat, jenazah Rizqi selamat dikebumikan.

Tenang lah kau disana anak syurga ibu dan ayah. Rizqi sentiasa dalam hati ibu ayah. Hampir 5 bulan Rizqi dalam rahim ibu, Tak pernah sikit pun ayah ibu lupa kan moment dengan Rizqi.



Al-fatihah.