Ads

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

27 Aug 2016

Usaha saya : OPK

Assalamualaikum...



Kali ni aku nk cerita tentang perjalanan ttc aku. Perjalanan ttc aku nak kata panjang tu la. Alhamdulillah aku dah pun masuk tahun kedua perkahwinan.


Untuk 1st pregnancy (keguguran), masa tu genap setahun aku kahwin, aku disahkan pregnant, Ya Allah punya la happy tak terkata oiii ! 

Ceritanya...

5 bulan lepas aku kahwin, panic mode aku ON! Risau sbb tak lekat, boleh kata setiap bulan aku test UPT, aku rasa aku salah seorang  POAS Addict! (Pee On A Stick Addict), google sana, google sini, masuk forum2 ttc, pas tu aku terbaca pasal OPK (Ovulation Predictor Kit), yang digunakan untuk mengesan hari subur.

So aku pun start la guna dari Januari 2015, 15 Ogos 2015 (Anniversary oii!) aku positif UPT, kira 7 bulan jugak la aku ber OPK.

Tapi aku rasa OPK je tak cukup, awal2 OPK tu aku agak stress, sebab kadang jumpa hari subur, kadang tak jumpa, dalam 5 bulan ber OPK tu, aku dah makin relaks, ANDDDD masa tu la aku jumpa waktu subur. 

So bila jumpa waktu subur, peluang tu cerah la sikit kan, So aku rasa stress tu mungkin mempengaruhi jugak kita nk jumpa waktu subur. 

 Ok stop dulu cerita OPK.

Bila aku dapat UPT positif tu, for the 1st time, boleh bayang tak macam mana excited nye ktorg laki bini. Rasa nk bagitahu semua orang. 

Tapi Allah pinjam kan sekejap untuk aku rasa mcm mana perasaan mengandung tu. Aku keguguran masa 10 weeks (actually kantung membesar sampai 5 weeks je)

Aku berpantang 2 minggu. Sebulan lepas aku gugur tu, period datang macam biasa. Habis period aku ber OPK balik, Alhamdulillah jumpa waktu subur. Mula-mula tu risau jugak kalau hormon lari-lari ke kan.

2 bulan lepas gugur, aku pregnant lagi, kiranya sempat period sekali.

Kali ni dapat tahu pregnant masa birthday aku (kira hadiah birthday la.hehe).

Dan sekali lagi kami diuji, Allah bagi pinjam untuk 18 weeks sahaja, tapi aku bersyukur sempat merasa baby gerak, aku gugur lagi 18 weeks.

Doc nasihatkan supaya aku jarakkan sikit masa untuk pregnant lagi, so aku tunggu sampai 3 cycle period and then TTC balik.

So elok 3 cycle aku period aku start balik ber OPK. Ok kenapa aku bergantung pada OPK? Sbb aku tgk waktu subur aku tak menentu, walaupun cycle aku takde la lari jauh setiap bulan (30-32), tapi waktu subur aku kadang CD12, kadang 14, ada cycle yg smpai CD20 pun ada.


1st cycle OPK (lepas gugur) mmg tak jumpa waktu subur, mungkin hormon lari-lari anak lepas gugur kan, Cycle seterusnya Alhamdulillah dapat line yg sgt terang. Kali ni, selain ber OPK, aku try makan kiwi (dari CD1-orang kata untuk besarkan telur), minum susu kambing, makan vitamin c, dan folic acid tak tinggal. So aku tak pasti sebab aku makan kiwi tu ke dapat line terang. Wallahualam

Moga-moga ada rezeki untuk kami lagi. Oh ye kali ni aku beli OPK dengan Qaisara Loh, Dia guide kita dari awal guna OPK tu. Pada aku senang untuk kita tgk yg strip kita tu dah betul-betul positif ke tak. 


So kesimpulannya, untuk 2 kali pregnant, aku mmg berpandukan pada OPK untuk conceive on time. Yes timing tu sangat-sangat penting. *selain dari doa kita pada Allah S.w.t.


CD -  Cycle Day
TTC- Try To Conceive


Oh ye, aku pernah terbaca, kalau kita ada PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) tak digalakkan guna OPK, sbb hormon LH sentiasa tinggi.


Boleh baca tentang PCOS dan OPK.


baby dust to all of you yang ber 'TTC'

semoga kita diberi kesempatan untuk menjadi Ibu dan Ayah satu hari nanti. Amin






No comments:

Post a Comment